LOGO

Maksud-maksud:

Lima Bintang
Negara kita mempunyai 5 prinsip Rukun Negara yang mesti dipatuhi

Bulan Sabit
Agama Islam adalah agama rasmi negara kita Malaysia

Mortarboard
Kejayaan tertinggi yang ingin dicapai oleh semua murid iaitu ke menara gading

Lilin
Guru yang sanggup berkorban tenaga, masa & wang semata-mata untuk mendidik murid

Buku
Pelajaran / ilmu pengetahuan yang dicari untuk membentuk keperibadian seseorang

Tangan yang mendoa
Doa yang dipohon oleh ibu bapa & guru untuk kejayaan anak / murid. Murid juga sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, guru, diri sendiri serta kemajuan sekolah.

Tangga
Langkah demi langkah atau peringkat ke peringkat yang perlu dilalui oleh murid & guru untuk menuju kejayaan yang cemerlang.

Enam Bulatan
6 tahun penglibatan murid dalam bidang sukan di sekolah.

Bumbung
Perlindungan diri dari segala bentuk ancaman seandainya menjadi insan yang berilmu

Perisai
Pertahanan diri dari segala bentuk ancaman seandainya menjadi insan yang berilmu.

Warna Hijau
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Warna Merah
Keberanian menghadapi apa jua cabaran.

Warna Kuning
Negara kita berpegang teguh kepada prinsip Raja Berpelembagaan.


Peraturan  Pemakaian Lencana dan Tanda Nama: